20 October, 2010

Maxwell House Instant Coffee


Kopi segera Maxwell House ini memang popular di Malaysia di sekitar tahun 1980-an dahulu. Tidak pasti sama ada produk ini masih lagi berada di pasaran atau tidak kerana sudah lama tidak mendengar khabar beritanya lagi...


Made in Australia by Coffee's General Foods Ltd. Terdapat berbagai-bagai perisa kopi bagi penggemar-penggemar kopi...


Jangan pula terkeliru apabila terdapat tulisan "Storage Jar Offer!" pada label balang ini. Sebenarnya balang kopi inilah yang akan menjadi storage jar nanti apabila kopi di dalamnya telah habis digunakan. Satu contoh pengiklanan yang sungguh licik... He.. he..


Jika kita rajin menyelongkar dapur-dapur tradisional di kampung-kampung, pada kebiasaannya balang kopi ini akan diisikan oleh emak-emak dan opah-opah dengan bahan masakan di dapur seperti garam, gula, rempah-ratus, asam jawa, tempoyak dan sebagainya kerana sifatnya yang kedap udara amat sesuai untuk menyimpanan bahan-bahan tersebut. Untuk dijadikan balang mengisi kuih untuk tetamu sempena sambutan Hari Raya Haji nanti pun boleh juga...


Selain daripada itu penutup balang ini juga boleh digunakan sebagai mangkuk hidangan. Amat sesuai jika dihidangkan kepada tetamu yang datang ke rumah untuk menikmati bubur kacang, serawa (pengat) dan makanan yang seumpama dengannya. Memang sengaja BR letakkan sudu kecil di situ supaya kita boleh mendapat gambaran yang lebih jelas seperti mana yang diiklankan pada labelnya.


Pandangan dari atas. Balang inipun tidaklah sebesar mana kerana dapat dilihat isian sebenarnya cuma 4oz. sahaja. Memang comel dan bergaya dengan penutupnya yang diberikan sentuhan bercorak. He.. he..

6 Any comments?:

deno said...

i like.... (^_^)

sweetie2010.blogspot said...

Salam BR,

tak tahu lah kopi ni ada lagi ker tak yer..sekarang ni cari nescafe jer..

minat kat botol tu leh isi garam. Kalau ada botol tu lebih leh kasik 1 kat Sweetie buat letak gula.

Sasa Al-Sharif said...

kreatif & canggih.. serius orang eksaited nak beli sebab nak kolek jadi bekas kuih raya

Fuziani JSR said...

Memang menarik... masa menjadikan balang sebegitu berharga kerana padanya terlalu banyak memori... I like it very much...

LadyBird said...

x pernah tengok.. teringin nak tengok real..

iaryylr said...

Saya pernah Rasa!

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'