08 October, 2010

Tin Minuman Levi's?


Kepada pengumpul-pengumpul tin minuman, kali ini BR hendak tunjukkan pula 'tin minuman' keluaran Levi's iaitu sebuah syarikat pengeluar jeans yang sungguh terkenal semenjak zaman berzaman. Saiz dan bentuknya adalah sama seperti tin minuman biasa dan sekali pandang memang kita akan menyangka tin ini adalah tin minuman sebenar.


Sebenarnya tin minuman ini hanyalah dummy untuk dijadikan bekas mengisi T-shirt yang dijual oleh pengeluar pakaian Levi's.


T-shirt ini adalah salah satu keluaran Levi's Lady Style dan rupanya lebih kurang seperti T-shirt 'Pagoda' biasa sahaja. Apabila disebut sahaja Lady Style, sudah tentulah T-shirt ini adalah khas untuk wanita. Terdapat tulisan 'Levi Strauss & Company' di hadapannya dan diperbuat daripada 100% cotton dan sebab itulah ianya boleh diisikan di dalam tin sekecil ini.


Jenama Levi's ini memang cukup popular di tahun 1980-an dahulu selain dari jenama Lee, Texan, Amco, Lois, Edwin dan sebagainya. Pada waktu itu harga bagi sehelai jeans Levi's hanyalah lebih kurang RM40 berbanding sekarang di mana harganyanya telah mencecah ratusan ringgit. Namun begitu pengguna masih mempunyai peluang dengan membelinya di pasar malam dengan harga RM50 bagi sehelai jeans jenama Levi's (tiruan) ini... He.. he..


LOVE OF T-SHIRT
"Remove collars, shorten sleeves,
and eliminate buttons.....
in an enthusiastic rhythm,
the temperature rises so as to
wear out the whole summer
Put aside the trivialnsee and bondage of the city..
Sexy or decadent, or Hiphop, or punk.....
Therefore, simple and connotative
clothing is used to decorate them.
T-shirt expresses our intrinsic desires,
Which mean persistence and individuality
and is also the expression of a life attitude."






Cerita mengenai asal-usul Levi's:

"In 1853, the California gold rush was in full swing, and everyday items were in short supply. Levi Strauss, a 24-year-old German immigrant, left New York for San Francisco with a small supply of dry goods with the intention of opening a branch of his brother's New York dry goods business. Shortly after his arrival, a prospector wanted to know what Mr. Strauss was selling. When Strauss told him he had rough canvas to use for tents and wagon covers, the prospector said, "You should have brought pants!," saying he couldn’t find a pair of pants strong enough to last."


11 Any comments?:

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

menarik lagi klasik

L@g3nd@ buD@k N@k@L said...

nakal ada tin niee..nakal beli baju le"vis
hahahahaha tp memang sempoii..kain dia lembut selesa di pakai

nadzirah aqilah said...

cantekla+semart... baju tu kat mana2 store levis bleh dpt ek?? lama lor x g lepak shoping.. hehehehe

BeaN MorENo said...

tetiba dapat idea nak berniaga benda ni

lan_ax said...

benda menarik ni.. saya pn pernah jumpa tp x beli lak masa tu..
http://www.duitlama2u.blogspot.com/

Blog Leader said...

Peh macam syok jer beli levis ori... huhu... nak try la... asyik beli siam nyer ajer...

Solihin Zubir said...

perghh.. smart giler.. mana mau dpt nie.. rasa berminat plak..

gnesop.com said...

cmenarik!!

nikths said...

Salam BR...teringat pulak.Kain pelikat indon pun ada isi dalam tin,terlupa pula nak kolek.Menarik juga buat koleksi,kalau tak kumpul sekarang bila lagikan?

iaryylr said...

Bro Br, cantek, memang menarik!

cKyN WaN said...

alahai comeynye! mane boleh dpt ek? naaaaaakkkkkkkk

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'