10 October, 2010

Majistret Dipenjara Enam Tahun...


Dialog Mak Dara sebagai Nyonya Mansoor dalam filem Ibu Mertuaku yang antaranya berbunyi: "Siapa Kassim Selamat? Loyar? Majistret? Apa... ahli muzik?" Begitulah tingginya pandangan masyarakat kepada mereka yang bekerja dalam bidang profesional seperti doktor, jurutera, peguam, majistret, hakim dan sebagainya dahulu dan sekarang.


Sumber - Berita Harian 04.10.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)

Seorang majistret dihukum penjara enam tahun dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana terbabit dalam dua kes rasuah membabitkan RM8000. Hakim, Sabariah Othman, ketika menjatuhkan hukuman bagi pertuduhan pertama menetapkan tertuduh, Mohd Firdaus Ramlan, 28, dipenjara tiga tahun serta denda RM15,000 dan jika gagal membayarnya, boleh dikenakan penjara 12 bulan.

Beliau juga menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan denda RM25,000 bagi pertuduhan kedua atau penjara 18 bulan jika gagal membayarnya kepada Mohd Firdaus. Hukuman penjara dijalankan serentak mulai semalam.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperoleh rasuah wang tunai RM3,000 daripada Md Shani Ishak di sebuah stesen minyak Esso, Machang, kira-kira jam 10.30 malam, 11 Oktober tahun lalu, sebagai dorongan melepaskan lelaki itu daripada kesalahan jenayah dilakukannya.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Firdaus didakwa meminta rasuah RM5,000 daripada Md Shani atas tujuan sama di Bilik Majistret, Mahkamah Majistret Kuala Krai di sini 6 Oktober lalu.

Adakah alasan gaji yang rendah masih menjadi punca kepada gejala rasuah ini ataupun 'kuasa' yang menjadi puncanya?



Moral value: Biar hidup susah tapi hati senang...


6 Any comments?:

alinac lover said...

majistret pon? adoi~

red ONe said...

bila ada kuasa mcm2 dugaan dtg..ni la akibat klau xtahan ngn dugaan

artikel terbaru:
Infographic : How You Can Live To 100

BLOG PUTERA YUSOFF said...

kuasa dan duit buat org buta mata

Insan Marhaen said...

sebab itu sekarang ni baik mejistret apatah lagi polis dah tak dihormati lagi...

mizzura said...

itu la masalahnye..dari kecik budak2 dah disogok..apa2 sket duit...tu dah terbiasa sampai besar...

saiful said...

dan atas sbb yang sama jenayah berleluasa. Kenapa nak takut? pihak yg berKUASA pun 2x5

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'