04 October, 2010

Lampu Suluh Cap Kepala Harimau


Di kampung-kampung dahulu sewaktu belum adanya bekalan elektrik, penggunaan jamung dan pelita minyak tanah merupakan pilihan utama sebagai sumber cahaya pada waktu malam. Penggunaan lampu suluh juga tidak dilupakan kerana rata-rata di setiap rumah mesti memilikinya lampu suluh ini sekurang-kurangnya satu.


Lampu suluh jenama Tiger Head ini adalah satu lagi pusaka keluarga yang sempat diselamatkan untuk tatapan kita pada hari ini. Pernah digunakan di sekitar tahun 1970-an dan masih berfungsi lagi sehingga kini.

Masih terbayang lagi lampu suluh inilah yang digunakan sewaktu pergi menonton TV di rumah jiran dan juga sewaktu mengaji Quran. Lampu suluh ini juga amat terkenal di kalangan jaga atau kepada sesiapa yang bertugas pada waktu malam.


Diperbuat dari 100% steel dan tidak begitu mobiliti kerana bentuknya yang besar dan berat tetapi amat sesuai digunakan sebagai alat mempertahankan diri sewaktu kecemasan dengan membalingnya kepada objek atau haiwan yang mencurigakan dalam perjalanan.

Boleh juga digunakan untuk megusik rakan-rakan dengan meletakkan cahayanya di bawah dagu untuk menghasilkan wajah hantu... He.. he..


Buatan China dan masih lagi berfungsi. Untuk pengetahuan, di bahagian hadapan lampu suluh memang sengaja di buat bersegi-segi sedimikian rupa untuk mengelakkannya dari tergolek dan terjatuh apabila diletakkan di atas permukaan yang rata.

Dikenali juga dengan beberapa nama tetapi merujuk kepada satu benda yang sama iaitu lampu suluh, lampu picit, toslet, pelitaslet, torch light dan suar (banjar). Tempat-tempat utama yang biasanya lampu suluh ini diletakkan ialah di atas kepala katil ataupun di bawah bantal.


Dapat dilihat pada spring penekan bateri yang terdapat pada penutup lampu suluh ini dibuat lebih kemas berbanding kebanyakan penutup lampu suluh lain yang berbentuk spring.

Lampu suluh ini menggunakan 2 biji bateri saiz D. Pada waktu itu bateri Cap Badak, Cap Kambing dan Cap Kucing (Eveready) adalah di antara beberapa jenama bateri yang sering digunakan. Bateri-bateri ini akan dijemur pada panas matahari untuk mengembalikan semula kuasanya yang telah lemah dan biasanya bateri-bateri ini dicelup terlebih dahulu dengan minyak tanah sebelum dijemur.


Untuk kemudahan membawa, selalunya lampu suluh ini boleh diikat dengan tali dan disandang di bahu. Oleh itu, tangkai sebagai tempat menggantung atau tempat pengikat tali ini boleh didapati pada bahagian belakang lampu suluh yang boleh disorokkan ke dalam lampu suluh.

Terdapat dua kaedah suis yang digunakan iaitu suis untuk menyala berterusan dan suis untuk menyala apabila ditekan (suis berwarna merah). Semasa kanak-kanak dahulu, suis yang berwarna merah itulah yang selalu digunakan untuk menghasilkan nyalaan yang berkelip-kelip.


Teknologi sekarang telah menghasilkan berbagai-bagai jenis lampu suluh yang berbagai jenis dari yang kecil sehinggalah yang besar. Berbagai-bagai jenis bulb juga telah dicipta untuk cahaya yang lebih terang serta menjimatkan tenaga. Harganya juga adalah berbagai dari yang semurah RM2 sehinggalah yang berharga ratusan ringgit.


13 Any comments?:

Rasli Jaafar said...

Lampu BR wat suloh Durian he he

Blues Riders said...

lampunya tak terang bro rasli.. suluh bulu roma pun tak nampak camna nak suluh durian.. hehe..

HaN WarreN said...

dulu kecik2 umah aku ade mende ni...

Solihin Zubir said...

haha.. lampu nie yg aku salu bawak masak pi ngaji quran malam2 dulu.. huhu..

Cikgu Nurin said...

ader lagi torch light ni...?

gnesop.com said...

nice info..
mmg dulu2 pakai lampu suluh ni :)

Encik Anif said...

Dulu dapat duit raya beli lampu suluh ni untuk bawa pi mengaji :)

p/s Saya sudah tukar domain - http://www.mdanif.com

lan_ax said...

memang suka benda2 cmni.. mengingatkan kisah2 lama n asal usul kita..
http://www.duitlama2u.blogspot.com/

hentian said...

IM sempat miliki lampu ini. guna masa pergi dan balik mengaji quran

miSz tUna said...

sama la dulu rumah saya ade gak benda nih..

Fizo Suwito said...

sy ad 1 suar kayak nie...tp kadak tahok bila punya..yg ganal pn ade gak...

singa_garaNg said...

berat sngguh LP niey klow yg besow....

singa_garaNg said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'