Di sekitar tahun 1960 - 1970-an, gambar potret merupakan salah satu medium utama sebagai satu cara untuk mengeratkan silaturrahim. Aktiviti bertukar-tukar gambar potret merupakan satu aktiviti yang sering dilakukan tidak mengira bangsa, lelaki mahupun perempuan, sahabat mahupun kekasih... He.. he..
Gambar potret bersaiz 7 x 9 cm ini memang cukup popular pada ketika itu dan jika dibelek-belek kembali album gambar lama kepunyaan ibubapa, datuk dan nenek, pastinya kita akan berjumpa dengan gambar-gambar seperti ini. Penuh bergaya di hadapan kamera dengan aksi-aksi yang sungguh menawan ala-ala peragawan-peragawati lengkap dengan aksesori yang tersedia di dalam studio gambar.
BR pun tidak terkecuali, lihat sahaja gambar header di atas kelihatan sungguh bergaya di atas kuda besi dengan baju London Look (kain berkilat) ala pemain kugiran. Untuk pengetahuan gambar tersebut telah diedit daripada gambar sekeluarga yang telah diambil pada tahun 1971 di Redi Photo Studio, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar.
Cara duduk, senyuman, gaya, aksesori dan teknik akan ditentukan oleh jurugambar dan ini boleh memakan masa yang lama di dalam studio sebelum sesuatu gambar itu boleh diambil.
Berikut adalah beberapa contoh gaya bergambar orang dulu-dulu untuk kita perhatikan. Kepada jurugambar-jurugambar amatur dan profesional, mungkin ada istilah-istilah fotografi yang lebih tepat lagi bagi menjelaskan lagi teknik-teknik yang digunakan bagi gambar-gambar tersebut.
Gaya Memegang Bunga: Gaya ini memang cukup popular di kalangan wanita kerana memegang bunga akan menyerlahkan lagi gaya kewanitaan seseorang itu kerana bunga dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Gambar ini telah diambil di kedai gambar Lido Photo, Ipoh pada tahun 1961.
Gaya memakai dan Memegang Topi: Gaya ini akan menggambarkan si empunya diri adalah seorang yang bebas dan sukakan aktiviti luar. Berbagai bentuk dan gaya topi boleh didapati di kedai gambar pada waktu itu untuk digayakan oleh lelaki dan perempuan. Gambar ini juga telah diambil di kedai gambar Lido Photo, Ipoh pada tahun 1961.
Gaya Di Taman (Flora dan Fauna): Gaya ini menunjukkan si empunya diri sedang bersantai di meja taman berlatar belakangkan ranting pokok bunga dan keratan daun dan bunga keladi plastik di atas meja untuk membangkitkan suasana di taman.
Cuba perhatikan corak guntingan yang terdapat di sekeliling gambar yang menunjukkan corak berbunga. Boleh dikatakan kebanyakan gambar-gambar pada waktu itu akan dilihat mempunyai corak guntingan sedemikian rupa. Gambar ini telah diambil di kedai gambar Golden City, Ipoh pada tahun 1970 seperti yang tercatat di belakang gambar.
Gaya Mengiring: Gaya ini amat sesuai bagi mereka yang mengenakan baju nampak belakang atau di zaman itu dipanggil baju 'beback'. Gambar ini telah diambil di kedai gambar Chungking Photo, Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) tahunnya tidak pula dicatatkan.
Gaya Close-Up: Memang cantik gambar ini berlatar belakangkan imej yang kabur. Gaya ini akan menunjukkan emosi sebenar si empunya diri seperti sedih atau gembira. Gambar ini telah diambil di kedai gambar Hollywoods, Ipoh. Tahunnya tidak pula dicatatkan.
Gaya Meletakkan Tangan Di Dagu: Gaya ini juga cukup popular pada waktu itu. Berbagai gaya tangan yang diletakkan di dagu boleh didapati lengkap dengan sarung tangan putih atau hitam bagi wanita untuk dipilih. Gambar ini telah diambil di kedai gambar Kong Ngai, 23 Anderson Road, Ipoh pada tahun 1962. Bro Fitri tentu tahu kedai gambar ini masih wujud lagi atau tidak.
Ini satu lagi contoh Gaya Memegang Bunga: Lihat saja cara memegang bunga beserta lenggokan kepala yang menyerlahkan lagi keanggunan si empunya diri. Gambar ini juga telah diambil di kedai gambar Kong Ngai, 23 Anderson Road, Ipoh pada tahun 1962.
Gaya Sisi Tanpa Memandang Kamera: Gaya inilah yang paling popular sekali di dalam banyak-banyak gaya yang telah dipersembahkan. Terdapat juga gambar begini yang latar belakangnya bulan dan bintang berkelipan di waktu malam. Gambar ini telah diambil di kedai gambar Nam Fong, Ipoh pada tahun 1963.
Gaya Renungan Memukau: Gambar ini telah dihasilkan seolah-olah pada waktu malam. Pencahayaan yang sesuai telah membuatkan gambar ini sungguh bercahaya dan menawan. Gambar sebegini juga amat sesuai untuk dijadikan gambar penghias kulit hadapan majalah. Gambar ini telah diambil di kedai gambar Camy, Taiping pada tahun 1969.
Gaya Aksesori Tambahan: Gaya ini juga turut diminati di kalangan remaja pada waktu itu. Pelbagai aksesori yang terdapat di kedai gambar boleh digunakan untuk digayakan sewaktu bergambar. Sebagai contoh ialah memakai cermin mata walaupun si empunya diri sebenarnya tidak bercermin mata. Gambar ini telah diambil di kedai gambar Lido Photo, Ipoh pada tahun 1961.
Tidak ketinggalan juga kebanyakan gambar pada waktu itu terdapat catatan ringkas dibelakangnya. Boleh dikatakan hampir kesemua gambar photo pada waktu itu akan terdapat tulisan atau catatan dibelakangnya sebagai tanda ingatan kepada si penerima.
Demikianlah serba sedikit gaya-gaya bergambar yang dapat dipaparkan untuk kita mengimbau kembali kenangan pada zaman dahulu. Kepada generasi kini juga biar mereka tahu bahawa orang dahulu memang hebat apabila bergambar dengan gaya yang penuh sopan dan bertatasusila dan dengan senyuman yang sungguh menawan...
Kepada pembaca yang pernah memiliki dan pernah melalui pengalaman bergambar di tahun-tahun 1960-70-an dahulu ataupun pernah melihat gambar-gambar datuk dan opah yang diambil pada zaman tersebut, sudi-sudilah kiranya berkongsi pengalaman anda di sini kerana rasanya masih banyak lagi gaya-gaya tertentu yang tidak BR paparkan di sini.
Tidak dinafikan bahawa kualiti gambar yang dihasilkan pada waktu itu sungguh bermutu dengan hasil kerja jurugambar yang sesuai dengan teknologi fotografi pada waktu itu. Walaupun gambar-gambar ini hanyalah berbentuk hitam putih, hasil kreativiti yang ditunjukkan membuatkan orang yang bergambar itu seperti film star. Pendek kata, orang yang tak lawa pun boleh jadi lawa... He.. he..
Untuk pengetahuan, gambar potret dan gaya-gaya seperti yang telah ditunjukkan di atas telahpun luput ditelan zaman dan kebanyakan kedai gambar yang dinyatakan di atas juga telahpun tidak beroperasi lagi. Lebih menyedihkan, kita juga telah tidak beraksi dengan mempraktikkan lagi gaya-gaya tersebut...
26 Any comments?:
Salam,
Lawa2 amoi ni bergambar. Macam2 gaya lagi. Nak lihat gambar BR (dewasa) ngan gaya spek hitam..mana gambarnya??
zaman2 dulu pun dah stylo nooo...zaman skrg lagi gempak ler kot
Ibu Pembohong
dulu mana xdok intenet...x dok FB...mcm tur le resamnya....hehehehe tp frame gambo yg ada lengkung bulat dan tajam2 turrrr mmg klasik kannn
Kenapa ek orang zaman dulu suka bergambar mata tak tengok kamera?
Apa sekali pun , gamba paling cantik adalah gamba candit. haha
Hahahaa...
nak tergelak pun ada bila baca entry ni. Apapun, terima kasih kepada BR kerana telah berjaya mengembalikan nostalgia lama. Baru saya teringat, mak mertua saya pun ada gambar posing macam yang disebutkan tu. Memang mengancam habis...macam Saloma....
wahhhhhhhhh ni entri paling besh!!!!!!!!!! sy tunjuk kt mak sy BR...huhuhhuhuhuhu huhuhuhuhuh
InsyaAllah nanti kita akan ikuti pula gaya bergambar oleh kaum lelaki.. sedang di draft, lagi vogue!
chungking photo tak pernah dengar nama kedai tu wp ana dibesarkan di teluk intan
gambar mak pun still ade notes dkt blakang gambar.
:)
Memang entry yang sangat menarik... di dinding rumah saya tergantung gambar atuk dan nenek yang ala-ala itu stylenya... terima kasih kerana entry BR memberi value baru pada gambar tersebut...
Senang melihatnya...anggun dan sopan :)
gambaq lelaki posing tak dak ka...
kalau abah IM mesti pakai spek hitam dan kasut kulit hitam tetapi warna putih di depan.
ada remos p ramlee di dahi...
nice info.. still blogwalking..? nice to know u..
http://tinyurl.com/y9wyx5y
enrty terbaik...thanks Abg BR
kt lam album mak n ayah aku byk gamba2 camnih... gamba kwn2 depa, sbg kenang2an...
teringat bile tengok blik album lama papa kat umah..ngee
HAHA :D
klaka lah pix2 tuh :)
hehee.. nice gile entry ni, klasik tapi stylo at the same time.. menarik!
tersengih2 saya membacanya..kikiki
cantik lah! huuu~
xkurang beza dengan sekarang rasanya..heheh
i suke bergambar camni ni.
wah2..nostalgic.hehe:p
menarik!!!
rasa nak nangis je bila terkenang zaman dulu2..
lagi indah rasanya daripada sekarang..
SCC suka tgk gambar2 mak ngn abah..
byk lah ada tulis2 kat belakang gambar tu..
Assalam BR..retronye gaya dieorg..tpi tetap sweet..:)
Tahniah BR blog anda penuh dgn kreativiti dan idea-idea yg tidak menjemukan....gambar amoi2 yg cun melecun ni menimbulkan nostalgia...
Post a Comment