31 October, 2010

NUTP Mahu Guru Tidak Dipaksa Bayar Yuran PSKPP


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia (NUTP) mahu guru tidak dipaksa memberi sumbangan kepada Persatuan Sukan, Kebudayaan dan Sosial Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) yang ditubuhkan di setiap negeri.


Sumber: Berita Harian 25.10.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Presidennya, Hashim Adnan, berkata pihaknya menerima maklumat ada guru di sebuah daerah di negara ini yang dipaksa membayar yuran PSKPP, seolah-oleh ia wajib dan diberikan surat tunjuk sebab jika gagal berbuat demikian.

"Ini adalah perbuatan melampaui batas kerana guru tidak boleh dipaksa untuk membayarnya kerana ia hanyalah berbentuk sumbangan dan bukannya suatu bayaran wajib."

"Kami menerima aduan ada Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) tertentu yang memaksa guru membayar wang berkenaan dan diugut dengan surat tunjuk sebab jika gagal berbuat demikian. Ada juga kes di satu daerah PPD bertindak mendedahkan maklumat mereka yang enggan memberikan sumbangan dengan mengedarkan salinan penyata gaji, nombor kad pengenalan dan nama guru terbabit kepada seluruh sekolah."

Hashim berkata, ramai guru tidak mahu menyumbang kepada PSKPP kerana mereka meragui ketelusan pengurusan wang yang mereka sumbangkan kerana aktiviti yang dijalankan tidak memadai dengan jumlah dana dimiliki persatuan itu saban tahun.

"Guru tiada masalah untuk membayar antara RM3 dan RM5 setiap tahun, asalkan wang berkenaan diuruskan dengan telus dan berhemah."

Difahamkan selain guru, PSKPP turut dianggotai kakitangan bukan akademik Kementerian Pelajaran termasuk kerani, pemandu, pembantu makmal dan staf sokongan.


Sekiranya anda terlibat dengan PSKPP, apakah komen anda mengenai perkara ini?


12 Any comments?:

Zullism said...

nama sumbangan..kalau sumbangan sepatutnya kita boleh tentukan berapa nak bagi,kalau tak menyumbang pun takper...ishksss...kalau paksa2 terus jadi tak ikhlas...

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Bersetuju dgn Zullism... sumbangan tu bererti kita beri seikhlas hati... tapi biasanya di sekolah, dah ditentukan jumlahnya... guru-guru memberi secara rela paksa...

ghost said...

bukan seorang guru.Tapi rasanya kalau dah namanya sumbangan kan tak wajib.sukarela.

hentian said...

tidak terlibat dengan pskpp. so, tak mahu tulis apa apa..

Anonymous said...

duit tak tahu ke mana. Mungkin diguna sesetengah pihak sahaja.

Anonymous said...

PPD Hulu Perak mengenakan tekanan kepada Guru Besar / Pengetua yang tidak dapat memungut jumlah sepertimana yang kehendaki. Bagi tahun 2011 PPD menghendaki tiap warga KPM menjelaskan sebanyak $11.00 utk tujuan itu. Akaun tak jelas, game yg berprestij akan HANYA dipilih dari kalangan pegawai PPD.makin zalim seperti tuhan mereka yang berkuasa di Putra Jaya. Moga ALlah mengnan curkan penzalim ini , Amin Ya ALlah, amin Ya Rahman, amin ya Rahim.

Kak Mahh said...

nama lagi sumbangan tak perlulah kita bayar

Anonymous said...

Kenapa KPM tidak buat apa-apa tentang isu ini? Bukankah setiap apa aktiviti telah diberikan peruntukan oleh kementerian untuk dilaksanakan? Jka tiada peruntukan, janganlah paksa untuk melaksanakannya. Kalau nak laksanakan juga, buat je mengikut kemampuan. Bolehkan begitu?

Anonymous said...

Memang benar ada sesetengah guru besar tidak senang duduk apabila ada guru yg engan menyumbang utk PSKPP. Guru besar berkenaan nak gunakan kuasanya utk memberi tekanan kpd guru berkenaan. Apakah guru/ketua jabatan mempunyai maksud yg berbeza utk perkataan sumbangan? Setahu saya sumbangan tidak ditetapkan jumlahnya tetapi terpulang kpd keikhlasan masing2 dan tidak ada unsur2 paksaan. Kalau guru diwajib membayar bermakna paksaan lah jadinya.

Anonymous said...

Terbaru dalam mesyuarat guru hari ini 11/10/2012 Kami dimaklumkan bahawa dinyatakan GURU WAJIB MEMBAYAR RM10 untuk PSKPP...Sekiranya gagal, 5% markah SKT akan ditolak!!! Rasionalkah guru-guru diugut sedemikian? RM10/guru...ada beribu2 guru...so berapa RM dapat???
Apakah PSKPP tiada peruntukannya sendiri???

Anonymous said...

sumbanagn mestilah ikhlas..sy turut rasakan dilema yg dihadapi jika menguruskan pskpp..bnyk game yg nak dibuat dan keterlibatan guru juga ramai, perlu makan, penginanapan, transport dan pelbagai lg..pihak yg terlibat perlu bijak tangani dengan menunjukkan ketelusan penggunaan wang contohnya postkan perbelanjaan dalm web ke..jd guru2 yg lain boleh melihat ketelusan itu..yg benar(peserta PSKPP)

Anonymous said...

Report je SPRM. Penyalahgunaan kewangan . Dahlah paksa2 orang pulak. Dah bertahun2 duk paksa orang bayar. Resit ape pun takde. Duit orang jangan buat main. Jadi darah daging.Report je. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

Guru tertekan dengan perangai angkuh GB

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'